Tapi dalam berniat tu muncul pula Threads dan aku dirasuk syaitan terus buat akaun Threads. Terlupa sekejap niat nak bebas dari sosial media tu.🤣
Kembali semula ke niat asal nak fokus pada diri sendiri dan hidup lebih tenang. Takde ragu-ragu masa bulan puasa hari tu aku terus delete Fb, IG , X dan Threads.
Bukan tak ada keinginan nak menulis tapi biarlah aku belajar menahan keinginan tu. Lagipun aku masih ada blog. Tempat paling aman untuk aku menulis dan fokus pada diri sendiri.
Ada kawan aku kata " tak salah ada sosial fb,IG tu semua asalkan tahu kawal diri. "..
Itu lah masalahnya. Aku sejenis tak tahu kawal diri. Suka ambik tahu hal orang. 😂. Mudah terkesan dengna kisah viral lagi2 kalau cerita penganiayaan. Paling geram kalau terbaca komen bodoh. Memang rasa nak balas je tapi terpaksa menahan diri.
Tambah pulak semakin ramai orang yang guna sosial media. Yang pandai dan yang kurang pandai sama banyak. Jadi bila ternampak posting dan komen-komen yang kurang bijak menagih perhatian yang sementara, aku rasa macam " kenapalah aku terbaca/ terlihat benda bodoh macam ni". 🤣🤣🤣
Jadi aku tak mampu nak halang semua tu. Tapi aku boleh halang diri aku dari melihat semua tu.
Kehidupan selepas tak ada fb, ig dan semua tu: biasa2 je. Tapi aku ada banyak lah masa untuk diri sendiri. Boleh tengok tv tanpa gangguan . Melayan drama dan filem2. Boleh fokus lebih pada anak2. Bela ikan, tanam pokok, cuba resepi yang tak pernah masak, belajar sama2 dengna mikhail sampai kadang2 rasa nak ambil SPM sekali lagi. 😂😂.
Rupanya aku banyak jugak habiskan masa mengadap sosial media. 🤭.
Ok. Tu je lah nak tulis buat masa ni. Esok sambung lain. Babye... 🍑🍑

0 Ulasan